loading...

Review polis Evo. Letakkan standard baru dalam industri perfileman.

Baru saja selesai menontonnya.

 Sejujurnya, ini adalah filem melayu pertama yg saya tonton setelah 2 tahun tak tonton filem melayu di panggung. 

Saya amat susah nak bagi kritikan kat filem melayu, tetapi kali ini saya bole bagi filem ini sebagai permulaan selepas Kala Malam Bulan Mengambang. 

Bagi pendapat sy, effort film ini sangat besar. jalan cerita? emm biasa saja tp x bermaksud menjurus ke arah negatif. Ianya bagus., depth pon tidak terlalu nipis & tidak terlalu dalam,

 Walaubagaimanapun setiap element support each other untuk menghasilkan jalan cerita yang kukuh. Pembinaan karakter harmonious & ada estetika, lakonan mantap terutama sekali Shaheizy Sam. part suspen rasa suspen, part sedih rasa sedih, part kelakar rasa kelakar. lawak brilliant. itu yang sy kagum dengan film ini.

 Walaubagaimanapun dari segi establish watak polis ni agak sy kurang sket. kerana polis unit biasa bole jadi unit polis taktikal khas.. siap ada underwater demo grup plak tu. tapi xmngapa asal penonton masih terhibur. sinematografi awesome. walaupun saya bole perasan ada part yang kurang shot rasanya, tapi diselamatkan juga oleh editing yang mantops. mngkin audio ada sket yg leveling sket tinggi dan rendah, tp x perasan pon sgt sebab jalan cerita bagus bole selamatkan segalanya. vfx & practical effects awesome. 

Bab aksi 90% sy gemuruh gak tgk. maka saya yang susah sangat nk menonton film Melayu ni pon menyuruh anda dan sangat rekemen anda menonton filem ini. 

Syabas director & crew! 6.5/10 dari saya. sekian like emoticon ini macam la kita mawww!

0 Response to "Review polis Evo. Letakkan standard baru dalam industri perfileman."

Post a Comment

loading...