loading...

Aidil Tidak Perlu Tunggu Apa- apa Surat Untuk Jelaskan Bayaran Mutaah – Rita Rudaini

Aidil Zafuan dalam kenyataan beliau sebelum ini memberitahu akan membayar tuntutan mutaah sebanyak RM 30,000 kepada bekas isterinya Rita Rudaini sekaligus. Namun, beliau kini sedang menunggu surat perintah mahkamah  untuk membuat bayaran tersebut.




Susulan itu, Rita menerusi portal mStar berkata Aidil tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk melangsaikan bayaran berkenaan.

Rasanya dia (Aidil) perlu mendapatkan nasihat daripada peguamnya. Jika mengikut prosiding mahkamah, sekiranya dia hadir pada prosiding berkenaan, maka mahkamah tidak perlu mengeluarkan surat bertulis kepadanya.
Jadi, dia tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk menjelaskan bayaran mutaah berkenaan.


 

Rita Rudaini dan Aidil Zafuan berkahwin secara senyap di Thailand. Selepas menghadapi beberapa kontroversi mengenai perkahwinan mereka, pasangan ini akhirnya berpisah pada tahun 2013.
Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna.

0 Response to "Aidil Tidak Perlu Tunggu Apa- apa Surat Untuk Jelaskan Bayaran Mutaah – Rita Rudaini"

Post a Comment

loading...