Korang kalau selalu lunch, berapa eh harga sepinggan nasi beserta dengan lauk ayam. ikan, dan sayur? Ada lah dalam RM6 kan? Boleh jadi lagi mahal.
Nak buat macam mana itulah hakikat yang terpaksa kita lalui sekarang. Semua kos meningkat jadi nak tak nak terpaksa ‘hadap’ juga.
Tapi seorang lelaki kurang upaya (OKU) di Perak ini hanya menjual ‘nasi kaya’ cuma RM3. Sudah lah murah, banyak pula tu.
Disebabkan harganya yang sangat murah, ramai orang berpusu-pusu datang ke kedai Mohammad Farul yang merupakan sebuah khemah kecil terletak di tepi jalan di Jalan Pari, Manjoi Perak.
Apa yang istimewa mengenai nasi kaya selain harganya yang murah? Ini rahsianya
Menurut pemilik nasi kaya ini, dirinya dahulu merupakan seorang pensyarah Teknologi Maklumat di sebuah kolej swasta namun terpaksa berhenti akibat masalah penglihatan penyakit strok dalaman (lubang kecil pada otak) yang dialami sejak 2013.Saya belajar melalui internet. Guru saya itu bagi resepi mengikut sukatan yang betul. Apa yang menarik, semua masakan ini jika pelanggan rasa manis, itu adalah manis madu, bukannya gula.Kadang-kadang saya tambah sedikit bahan-bahan lain yang dibenarkan oleh guru yang mengajar saya itu.
Kekurangan itu tidak mematahkan semangatnya, berkat sokongan keluarga dan rakan-rakan yang prihatin, dia membuka perniagaan nasi kaya ini.
Walaupun ada yang berpendapat nasi kaya yang dijualnya terlalu murah, namun menurut Farul mereka masih lagi memperoleh keuntungan walaupun sedikit.
0 Response to "Lelaki Kurang Upaya Ini Hanya Jual ‘Nasi Kaya’ RM3..Beratur Panjang Tu!"
Post a Comment