loading...

Tip Penting Sebelum Anda Berjumpa Doktor Untuk Dapatkan Rawatan

Pertama kali bertemu mana-mana doktor, kita akan ditanya soalan-soalan berkaitan medical history sebelum dilakukan pemeriksaan fizikal.
Antara skop soalan yang akan ditanya ialah berkenaan:
1) Time pattern – sakit pagi, petang, atau malam?
2) Tahap perubahan sakit dulu dan sekarang – makin lemah/teruk?
3) Simptom-simptom lain jika ada.
4) Ada ambil apa-apa ubat tak? Supplement?
5) Pernah cedera tak? Jika ada, ceritakan.
6) Sejarah penyakit-penyakit terdahulu.
7) Ada pernah/sedang terima apa-apa rawatan tak?
8) Sejarah diri dan keluarga, biasanya tentang medical history
Doktor juga akan tanya kita sama ada kita ada alami sekian-sekian keadaan dan lain-lain. Soalan yang ditanya itu mungkin untuk spesifikan apa yang sedang berlaku pada kita.
Contoh soalan latest yang disoal oleh doktor:
“Banyak tak rambut gugur?”
Soalan-soalan di atas ini akan ditanya berulang-ulang kali, pada masa yang berbeza dan oleh orang yang berbeza.
Kadang-kadang akan ada pertambahan maklumat apabila ditanya berulang-ulang kerana kita baru dapat recall memory.
Ada juga sampai tulis sendiri kronologi yang berlaku di atas paper agar tak tertinggal maklumat. Lebih mudah, passing out the paper to the doctors. Kemudian, doktor akan tanya soalan kepada kita untuk merapatkan jurang maklumat yang masih tiada.
Insyaallah jika kita memudahkan kerja doktor, doktor akan lebih mudah buat kerjanya untuk merawat kita.
Jawapan pada semua soalan tersebut akan membantu para doktor lebih memahami kes kita dan menganalisa maklumat tersebut untuk cari punca penyakit atau jangkaan penyakit selain daripada keputusan ujian perubatan.
Jadi, ada baiknya juga kita diarikan kehidupan kita. Mungkin pada hari ini perkara itu nampak kecil. Namun apabila tiba masanya, cebisan dari diari itu akan membantu kita kelak untuk recall situasi kita pada suatu ketika dahulu.
Jika ada anak kecil, catatlah journal kesihatannya juga. Boleh dijadikan rujukan pada masa depan.
Percayalah sekiranya kita bantu dan permudahkan urusan orang lain, urusan kita turut akan menjadi mudah dan lancar. Insyaallah.
Dan amalan ini penting disertakan dengan keringanan mulut dan hati untuk mengucapkan terima kasih setiap kali orang membuat kebaikan kepada kita walaupun orang itu hanya pembantu hospital yang menyapu dan membuang sampah.

0 Response to "Tip Penting Sebelum Anda Berjumpa Doktor Untuk Dapatkan Rawatan"

Post a Comment

loading...