loading...

Gadis Hamil Mati Dicekik Selepas Desak Gugur Kandungan

Se
Seorang lelaki di Indonesia tergamak membunuh kekasihnya yang hamil dan disumbat ke dalam plastik sebelum dibuang ke sungai, lapor Tribunews.

Dalam kejadian 27 April lalu di Demak, Jawa Barat, mangsa, Ayu Kurniandani, 19, dibunuh oleh teman lelakinya, Umar Sodiq, 25, kerana mangsa sering mendesak meminta kandungannya itu digugurkan.

Mayat wanita malang itu ditemui oleh nelayan pada keesokan hari dalam keadaan masih dijerut di dalam bungkusan plastik di Sungai Wulan, Bungo, di sini.


Difahamkan, Umar dan Ayu sudah menjalinkan hubungan cinta selama lima bulan.

Dalam keterangan kepada polis 5 Mei, Umar mengaku dia berang dengan Ayu yang setiap hari merengek meminta kandungannya digugurkan, sedangkan dia bersedia untuk bertanggungjawab.

“Saya menyesal tetapi tidak tahan dengan rengekkannya yang meminta kandungan digugurkan.

“Langsung saya cekik dia selama 20 minit dan dia melawan. Kemudian saya jerut lehernya dengan tudung.

“Setelah membunuhnya, saya menyumbat mayatnya dalam guni dan buang ke dalam sungai sebelum melarikan diri ke luar kota,” katanya sambil menunjukkan bagaimana dia melakukan pembunuhan itu kepada anggota polis.


Sementara itu, pihak berkuasa mengesyaki wanita itu dibunuh oleh teman lelakinya apabila rakan suspek memaklumkan kepada polis bahawa suspek sebelum menghilangkan diri ada memintanya untuk meminjamkan plastik besar.

Berdasarkan maklumat itu, polis menemui sejumlah barang bukti seperti pakaian mangsa, sarung, plastik, batu pemberat dan telefon bimbit milik mangsa.

Selepas seminggu kemudian, polis berjaya mengesan suspek yang bersembunyi di daerah Banjar, Jawa Barat, 4 Mei.

“Suspek melawan ketika ditahan dan terpaksa dilumpuhkan kakinya dengan timah panas.

“Dia kini ditahan atas dakwaan membunuh dan jika disabitkan bersalah, bakal dihukum penjara 15 tahun,” kata jurucakap polis.

0 Response to "Gadis Hamil Mati Dicekik Selepas Desak Gugur Kandungan"

Post a Comment

loading...