KFC Cipta Pewarna Kuku Berperisa Ayam Goreng
Siapa yang gilakan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) tapi risau makan banyak boleh jadi gemuk?
Percaya tak jika kami katakana bahawa anda boleh menikmati ayam goreng KFC tapi berat badan anda tetap maintain je?
Baru-baru ini, KFC Hong Kong telah menghasilkan produk unik yang memang lain dari yang lain iaitu pewarna kuku berperisa ayam goreng KFC.
Hasil usahama antara syarikat Ogilvy & Mather dengan KFC ini bertujuan untuk menarik perhatian pelanggan muda.
Terdapat dalam dua warna iaitu warna jingga cair perisa Original manakala warna merah menyala pula untuk Hot & Spicy.
Cat kuku tersebut di hasilkan dengan 11 campuran rempah dan herba KFC.
Semua bahan yang digunakan untuk pewarna kuku tersebut adalah semulajadi. Tiada sebarang pengawet atau bahan bertoksik, segalanya asli.
Namun, respon daripada netizen terhadap produk tersebut bercampur-baur.
Ada yang teruja dan ada yang pelik kerana ia seperti menggalakkan pengguna menghisap jari mereka di khalayak ramai.
0 Response to "KFC Cipta Pewarna Kuku Berperisa Ayam Goreng"
Post a Comment