loading...

Miliki Wajah Seiras Messi, Lelaki Ini Ditahan Polis

Tehran - Memiliki paras hampir serupa dengan bintang bola sepak kelahiran Argentina, Lionel Messi, nyata memberi masalah kepada Reza Parastesh, yang hampir dipenjarakan kerana mengganggu ketenteraman awam minggu ini.

Terlalu ramai yang mengambil kesempatan ber'selfie' dengan Parastesh di bandar raya Hamedan hujung minggu lalu sehingga memaksa polis membawa ke balai polis dan merampas keretanya untuk menghentikan kekecohan dan melicinkan perjalanan trafik.

Persamaan wajah mereka amat ketara sehingga rangkaian sukan Eurosport UK dilaporkan secara tidak sengaja menggunakan gambar di Twitter baru-baru ini ketika berbicara mengenai Messi yang sebenar.

Kekecohan bermula beberapa bulan lalu apabila bapa Parastesh yang gilakan sukan bola sepak memaksa pelajar berusia 25 tahun itu bergambar dengan memakai jersi nombor 10 kelab Barcelona dan menghantar gambar itu kepada laman web sukan.


"Saya menghantar gambar itu pada satu malam dan menjelang pagi, mereka menghubungi saya dan menggesa saya hadir segera untuk sesi temubual," katanya.

Walaupun keberatan pada awalnya, Parastesh semakin selesa dengan peranan barunya, memotong rambut seperti Messi dan kerap memakai jersi Barcelona apabila keluar.

Ia berbaloi kerana beliau ditempah untuk temubual media malah mendapat kontrak peragaan.

"Kini orang ramai melihat saya sebagai Messi Iran dan mahu saya meniru setiap perbuatannya.

"Apabila saya muncul di mana-mana, orang ramai terkejut," katanya.

0 Response to "Miliki Wajah Seiras Messi, Lelaki Ini Ditahan Polis"

Post a Comment

loading...