loading...

Pemandu GrabCar 'Belanja' Air Minuman, Gula-Gula Kepada Penumpang

Seorang pemandu grabcar bukan sahaja membawa penumpang ke destinasi malah menyediakan pelbagai kemudahan lain kepada mereka sebagai satu nalai tambah kepada perkhidmatannya.

Bagi Abu Talib Mohd Ali, perkhidmatan GrabCar yang ditawarkan turut menyediakan air minuman, gula-gula dan servis mengecas telefon secara percuma.

Khidmat 'istimewa' pemandu Grab itu mendapat perhatian netizen sehingga turut dikongsi oleh beberapa laman Facebook terkenal.

"Hi, saya Abu Talib. Jika anda perlukan sesuatu, sila beritahu saya," tulis satu poster pengenalan yang ditampal di bahagian belakang tempat duduk hadapan.

Selain itu, penumpang yang dipercayai mengambil foto Abu Talib turut mengambil gambar-gambar keistimewaan yang boleh dinikmati apabila menaiki keretanya.


Berdasarkan foto yang diambil, Abu Talib dipercayai membawa GrabCar di sekitar Jalan Pahang. Mungkin beliau berasal dari sekitar itu.



Jadi, siapa yang bernasib baik dapat menumpang Grab dengan Abu Talib, pastikan anda memberi lima bintang kepada pemandu ini! Tidak lupa juga, Abu Talib juga turut menawarkan 'servis' menukar stesen radio percuma. Serius rasa macam dihargai kalau dapat naik Grab seperti Abu Talib ini.

0 Response to "Pemandu GrabCar 'Belanja' Air Minuman, Gula-Gula Kepada Penumpang"

Post a Comment

loading...