loading...

Pembunuh Nursyafikah Akhirnya Ke Tali Gantung

Muar - Seorang penganggur dijatuhkan hukuman mati mandatori oleh Mahkamah Tinggi hari ini atas tuduhan membunuh bekas tunangnya di kawasan letak motosikal Pasaraya Econsave, Jalan Mersing di Kluang pada 10 April 2015.

Pesuruhjaya Kehakiman, Muhammad Jamil Hussin menjatuhkan hukuman ke atas tertuduh, Muhammad Irshaduddin Khalis Nasurudin, 25, selepas pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Irshaduddin Khalis didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian Nursyafikah Ahmad Ismail di antara jam 5.40 petang hingga 5.45 petang hari kejadian.

Tertuduh yang pernah bekerja di sebuah kedai tayar di Johor Bahru sebelum ini bagaimanapun tenang ketika mendengar keputusan terbabit.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Shukri Hussain manakala tertuduh diwakili peguam Nur Afiqah Hambali.

0 Response to "Pembunuh Nursyafikah Akhirnya Ke Tali Gantung"

Post a Comment

loading...