loading...

Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Selamat Timang Anak Sulung

Tahniah kami ucapkan kepada Syatilla Melvin dan juga Shaheizy Sam kerana telah selamat menimang cahaya mata pagi ini, Perkara tersebut dikongsikan Syatilla melalui akaun Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut mengundang rasa teruja di kalangan peminat pasangan ini. Ada di antara mereka yang mengucapkan tahniah di atas perkara tersebut selain mendoakan agar kesihatan Syatilla akan terjaga. Malah ada juga tertanya tanya mengenai jantina anak sulung mereka.

Sebelum ini, setelah mengetahui bahawa isterinya mengandung, Sam terus melarang Syatilla untuk terlibat dalam mana mana penggambaran drama dan hanya perlu berehat saja di rumah.

Semoga kehadiran cahaya mata ini bakal memeriahkan lagi suasana Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi.

0 Response to "Syatilla Melvin, Shaheizy Sam Selamat Timang Anak Sulung"

Post a Comment

loading...