Urut maksiat! Itu antara kegiatan ditawarkan gadis genit warga asing yang sanggup mengurut pelanggan dalam keadaan bogel di sebuah pusat refleksologi.
Bagi memastikan pelanggan tertarik mengambil pakej disediakan, pemilik premis di Plaza Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur, akan memastikan semua gadis berusia lingkungan 21 hingga 30 tahun menanti pelanggan di pintu masuk premis dengan gaya seksi.
Aktiviti tidak bermoral ditawarkan dua gadis masing - masing warga Vietnam dan Thailand itu dibongkar sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Imigresen (JIM) Kuala Lumpur diketuai Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan merangkap Ketua Unit Risikan, Operasi dan Tahanannya, Mohd Shahrulnizam Ismail yang menyerbu premis berkenaan.
Dalam serbuan jam 6 petang kelmarin, pemeriksaan mendapati dua gadis berbogel bersama pelanggan tanpa menyedari premis itu dikepung pihak berkuasa.
Mohd Shahrulnizam berkata, premis itu dipercayai mula beroperasi seawal jam 1 petang dan menawarkan urutan dan khidmat seks kepada pelanggan khususnya golongan elit.
loading...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
loading...
0 Response to "(Video) Dua Gadis Berbogel Dicekup Sedang Urut Pelanggan "
Post a Comment