Ejen Zlatan Ibrahimovic, Mino Raiola mendakwa doktor-doktor mahu membuat kajian ke atas penyerang Manchester United itu selepas pembedahannya berjalan dengan lancar di Pittsburgh.
Bintang kelahiran Sweden itu telah dirawat oleh pakar bedah ortopedik dan pakar perubatan sukan, Doktor Freddie H. Fu di Hospital Universiti Pittsburgh dan Raiola menyatakan keadaan lututnya adalah jauh lebih baik daripada jangkaannya.
Pemain berusia 35 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan di bahagian lutut selepas mengalami kecederaan ketika United meraih kemenangan 2-1 ke atas Anderlecht dalam saingan Liga Europa, bulan lalu.
"Zlatan telah mula menjalani rehabilitasi dan dipantau oleh Dr. Fu dan Dr. Musahl sehingga dia pulih.
"Doktor menyifatkan Zlatan memiliki lutut yang kuat malah tidak pernah melihatnya sebelum ini.
"Dia mempunyai lutut yang sangat mustahil buat seorang pemain bola sepak yang telah beraksi selama 20 tahun. Bersih dan tiada masalah."
Ibrahimovic menandatangani kontrak profesional yang pertama pada tahun 1996 dan telah beraksi lebih daripada 500 perlawanan di peringkat kelab.
loading...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
loading...
0 Response to "Zlatan Ibrahimovic Miliki Lutut Paling Kuat Pernah Ditemui - Doktor"
Post a Comment