loading...

Apakah Akan Ada Pengganti? – Luahan Peminat Badminton Yang Sedih Lihat Beban Ditanggung Dato’ Lee Chong Wei

Tahniah diucapkan kepada legenda badminton negara, Dato’ Lee Chong Wei kerana telah berjaya meraih pingat perak di Sukan Olimpik Rio Brazil malam tadi. Beliau kecundang di final kepada Chen Long dari China dengan mata 18-21,18-21.
Dai Wan menerusi laman facebooknya meluahkan rasa sedih dan risau kerana tidak sanggup lagi melihat bebanan yang terpaksa di tanggung DLCW menentang serangan lagenda dan pelapis muda dari China selepas ini.

Saya nampak China punya Cheng Long selepas Lin Dan

“Jangan Sedih Dato’ Lee Chong Wei”
Saya nampak dan saya risaukannya.
Saya nampak…
China punya Lindan yang levelnya sama dengan Dato’ Lee Chong Wei. Mereka dh capai tahap yg sepatutnya. Umur mereka sudah kata cukuplah dengan title ‘Lagenda’, badan mereka kata, cukuplah dengan ratusan ribu smash, pukulan net silang yang mengelirukan cara kelas dunia tersendiri dan setiap lompatan yang menyeliuhkan dan melenguhkan.
Namun saya juga nampak baru tadi. Malaysia belum ada pengganti Dato’ Lee Chong Wei. Yang mana hari ini, malam ini dah membuktikan pemain muda bila sampai masanya, giliran dia pula untuk menjadi seseorang dimasa depan.
Kekalahan Dato’ Lee Chong Wei tadi menunjukkan Cheng Long merupakan pemain muda dari China selepas Lindan. Bagi saya, dia adalah new version of Lindan in this new era.
Itu yang saya risaukan kini. Tidak mungkin kita nak letakkan Dato’ untuk terus berentap dimasa depan.
Dato’ Lee Chong Wei bertemu Lindan pun sudah satu pertemuan yang tidak keruan buat semua peminat badminton dunia.

Apakah kita akan ada pengganti persis Dato’ lagi?

Jikalau pun Dato’ berjaya menewaskan Lindan, namun Dato’ tidak lagi belum dikira juara kerana China telah melahirkan bintang baru ala Linda dizaman yang baru pula.
Saya risaukan, apakah kita akan ada pengganti persis Dato’ lagi?
Semoga YB KJ lakukan yang terbaik dimasa depan untuk satu cahaya baru yang bantu sinarkan posisi Dato’ Lee Chong Wei semula. Yang dapat buka mata Cheng Long, yang merupakan pemain Malaysia next generation, yang tetap akan menjadi “The Best Rival Ever” bagi negara tembok besar itu.
Bila Lindan bagi gratitude pada Dato’ Lee Chong Wei, dia tahu dia ada pelapis seperti Cheng Long. Dia mungkin tewas. Tapi negara dia belum kalah.
Itu yang kita nakkan, dan itu yang saya risaukan kerana kita belum ada. Negara kita.
Dimana kejauhan bintang seperti Dato’ boleh berikan kita kemenangan lagi? Malam ini tertewas dah Dato’, kita akui bangga dengannya, kita bangga dengan Malaysia di Rio, Brazil. Namun, masa akan terus bergerak. Dunia akan terus berpusing.
Adakah bintang baru perlu dicipta atau menunggu Dato’ untuk menentang Lindan, Cheng Long lagi dimasa depan dan sebenarnya bukan Chen Long sahaja, Victor Axelsen dari Denmark. Pemenang yang menuruti dari belakang dan meraih pingat gangsa. Dato’ terselit antara 2 pelapis muda China dan Denmark kini. Hanya dia seorang yang berstatus ‘Lagenda’ masih cuba memegang podium dan pertahankan selagi boleh.
Sampai bila Dato’ perlu menentang mereka?
Kita tahu.

Tak sanggup lihat Dato’ menanggung beban seorang diri

Lindan pun tahu dan udah mengakui masanya. Dato’ pun tahu sebenarnya, waktu dia dah hampir tiba.
Kami rakyat Malaysia gembira untuk pingat perak Dato’ dan team badminton malam ini tapi dalam masa yang sama, benar, kami kesiankan Dato’ Lee Chong Wei untuk masa depan.
Semoga coretan saya ini, menjadi lakaran pemula yang baru bagi sejarah badminton negara kita lakukan pencarian yang terbaik.
Yang terbaik adalah yang bermula dari bawah.
Kami sanggup bersabar untuk melihat bintang2 negara yang baru, tapi kami tak sanggup lihat bebanan Dato’ Lee Chong Wei menanggung seorang diri dari serangan Lagenda & pelapis pemuda2 dari China.
Kita perlu ada juga! Patutnya lebih ramai dan baik dari mereka satu hari nanti.
Dengan impian dan harapan, kami bersatu hati kerana badminton dinihari. Bukankah ia satu kebaikkan? Warna kesatuan sesama kita hari ini tercipta kerana sukan. Lihatlah betapa besarnya impak sukan pada masyarakat kita.
Jadi,
‘Thank You’ barisan pemain badminton dan staff BAM yang telah berhempas pulas. Kami letakkan bulat2 tanggung jawab ini pada kalian lagi dan juga kerajaan Malaysia.
Sincerely, Da’i Wan
(Peminat Setia Badminton Malaysia)
Walaupun tidak berjaya mendapatkan emas, Dato’ tetap menang di hati rakyat Malaysia. Kami seluruh rakyat Malaysia tetap berbangga dengan anda.
sumber: Wan Dazrin

0 Response to "Apakah Akan Ada Pengganti? – Luahan Peminat Badminton Yang Sedih Lihat Beban Ditanggung Dato’ Lee Chong Wei"

Post a Comment

loading...