Sudah lama berkecimpung dalam bidang seni, Fazura akui beliau lali dengan segala kritikan dan komen negatif yang dilemparkan kepadanya. Namun, Fazura berpendapat, orang Melayu suka menjatuhkan bangsa mereka sendiri dan gemar bercerita tentang orang lain.
Saya sudah lama berada dalam industri dan saya sudah lali (dikritik). Memang hobi orang Melayu kita untuk bercerita dan memberi komen fasal orang lain.Sejujurnya, saya tidak peduli kata orang dan saya tetap akan menjadi diri saya dan terpulang kepada anda semua (untuk menilai).
Fazura bagaimanapun tidak akan berhenti menyanyi, tetapi beliau akui lagu yang dibawanya iaitu Sayangi Dirimu agak sukar untuk dinyanyikan oleh penyanyi baharu seperti beliau.
Saya akui lagu ‘Sayangi Dirimu’ agak sukar untuk dibawa bagi penyanyi baru seperti saya. Saya rasa ia satu kesilapan, kerana melakukannya melebihi kemampuan saya.
Akhirnya Fazura mengaku juga bahawa lagu yang beliau nyanyi itu diluar kemampuannya. Mengenai isu dikritik pula, mungkin Fazura boleh juga terima komen yang positif dengan hati yang terbuka. Bagaimanapun, masyarakat juga memainkan peranan penting dalam kerjaya seseorang selebriti itu.
0 Response to "Memang Hobi Orang Melayu Kita Suka Cerita Hal Orang – Fazura. Kenyataan balas beliau selepas dilabel artis syok sendiri. "
Post a Comment