loading...

Contoh Peristiwa Bersejarah Tugasan PT3 2017: Pencerobohan Lahad Datu

Peristiwa Bersejarah yang dipilih bertajuk Pencerobohan Lahad Datu Catat Sejarah Hitam Negara. Calon PT3 boleh menjadikan skema jawapan ini sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan sejarah maisng-masing. Anda dilarang meniru hasil kerja ini bulat-bulat dan setiap tugasan perlu disiapkan atas usaha sendiri.

Pengenalan

(Sila huraikan pengenalan peristiwa bersejarah ditempat anda dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)

  • Krisis pencerobohan Tentera Sulu di Lahad Datu bermula di Kampung Tanduo, Felda Sahabat. Kampung Tanduo terletak kira-kira 120km dari pekan Lahad Datu.
  • Peristiwa bersejarah bermula apabila sekumpulan lelaki dengan pakaian berceloreng tiba di Kampung Tanduo pada 12 Februari 2013 dipercayai dihantar oleh Jamalul Kiram III.
  • Kumpulan ini mendakwa Sabah adalah hak kesultanan sulu dan Sabah harus dituntut dari Malaysia.
  • Rundingan antara Malaysia dan Tentera Sulu gagal mencapai kedamaian apabila tentera Sulu memilih untuk berperang secara gerila.
  • Pada 1 Mac 2013, pertempuran pertama berlaku menyebabkan kematian dua anggota PDRM.

Faktor berlakunya Pencerobohan Lahad Datu

(Sila huraikan faktor tragedi bersejarah ditempat anda dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)

  • Pertelingkahan tuntutan kawasan - Sultan Jamalul Kiram III mendakwa dirinya menjadi pewaris sah kepada takhta Sulu. Sabah atau dikenali sebagai Borneo Utara pada ketika dahulu dibawah milik Kesultanan Sulu sebelum diserahkan kepada British. Kesultanan Sulu merasakan perjanjian ambil alih Sabah oleh British tidak sah dan Sabah sepatutnya masih kekal dibawah milik kesultanan Sulu.
  • Kelemahan sistem pertahanan di perairan Sabah - Sebelum ketibaan tentera Jamalul Kiram, Sabah leka dengan keselamatan sistem perairan menyebabkan 100 lebih tentera Jamalul Kiram tiba di Kampung Tanduo Sabah.
  • Kegagalan rundingan damai - Sejak ketibaan tentera Sulu di Tanduo Sabah pada 1 Februari 2013, Malaysia telah mengadakan rundingan damai untuk menyelesaikan perkara tersebut dan meminta tentera Sulu berundur keluar dari Sabah tanpa pertumpahan darah. Bagaimanapun, tentera Sulu tetap berkeras untuk tidak meninggalkan Sabah. Demi menjaga kedaulatan negara, pertempuran jalan terakhir.
  • Duri Dalam Daging - Di Kampung Tanduo, rata-rata penduduk adalah dari pendatang asing tanpa izin warga Filipina. Mereka ini telah menyediakan makanan dan memberikan persiapan kepada tentera sulu untuk menyerang Malaysia.

Kronologi Pencerobohan Lahad Datu

(Sila huraikan peristiwa bersejarah ditempat anda secara kronologi dalam format karangan beserta isi penting dan huraian)

  • 1 Februari 2013: Ketibaan tentera Sulu di Tanduo Lahad Datu
  • 1 Mac 2013: Pertempuran pertama berlaku apabila 2 anggota PDRM maut dalam pertempuran gerila. Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin telah terkorban manakala 12 anggota tentera sulu maut.
  • 3 Mac 2013: 6 anggota polis telah terkorban dalam serangan hendap oleh penceroboh bersenjata di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna
  • 5 Mac 2013: Malaysia telah menghantar 3 buah pesawat pejuang F/A-18 Hornet dan 5 Hawk bagi melancarkan serangan bom dari udara ke kawasan yang dikatakan merupakan tempat persembunyian pengikut Agbimuddin Kiram pada jam 7 pagi. Lebih kurang 67 penceroboh terkorban akibat serangan tersebut.
  • 24 Mac 2013: Tentera Sulu diketuai oleh Argamuddin Kiram berundur keluar menerusi perairan Sabah.

Untuk rujukan sila klik

1. Kronologi Penceroboh Kumpulan Bersenjata Di Lahad Datu
2. Kronologi Pencerobohan Pengganas Sulu

Kesan/Impak Pencerobohan Lahad Datu

Diri Sendiri

  • Menanam semangat patriotisme
  • Menghargai jasa pejuang tanah air
  • Sentiasa berwaspada agar sejarah hitam tidak berulang

Masyarakat Setempat

  • Lebih peka terhadap sekeliling
  • Melaporkan kepada anggota keselamatan jika ada kecurigaan
  • Memberi bantuan kepada anggota keselamatan
  • Sentiasa bekerja sama menjaga kedaulatan

Negara

  • Menjaga kedaulatan negara
  • Memperkukuhkan pertahanan negara
  • Sentiasa lebih bersiap siaga untuk kecaman akan datang yang boleh menjejaskan kedaulatan negara.
  • Mewujudkan ESSCOM dimana anggota keselamatan menjaga ketat di kawasan perairan timur Sabah 24 jam sehari.

Iktibar Daripada Perisitiwa Pencerobohan Lahad Datu


  • Pentingnya meningkatkan persiapan untuk menghadapi ancaman luar.
  • Pasukan keselamatan diberi latihan yang sebaik mungkin, dilengkapi peralatan lebih canggih dan sentiasa bersedia
  • Keselamatan negara tidak boleh dipandang remeh meskipun pada waktu aman
  • Langkah-langkah juga diambil untuk menubuhkan Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) untuk menangani ancaman keselamatan masa depan. Enam balai polis baharu juga akan dibina di sana.

Rumusan

Sabah pernah menjadi sebahagian dari Kesultanan Sulu. Walaubagaimanapun, senario politik Sabah dan Filipina telah berubah sejak penjajah Sepanyol, British dan Amerika menjejakkan kaki mereka ke rantau ini. Sabah sekarang adalah sebahagian daripada Malaysia dan sedang menuju jalan kemakmuran dengan kemajuan dan pembangunan yang berterusan.

Kemakmuran Sabah telah menjadikannya tambang emas bukan sahaja untuk rakyat Malaysia, tetapi juga pendatang asing yang menetap di negeri tersebut. Benar, masyarakat antarabangsa telahpun setelah 53 tahun mengiktiraf penuh Sabah sebagai negeri di dalam Malaysia dan kedudukan tersebut seharusnya dilindungi dan dihormati.

0 Response to "Contoh Peristiwa Bersejarah Tugasan PT3 2017: Pencerobohan Lahad Datu"

Post a Comment

loading...