loading...

Murid Tahun 3 Menang Kereta Peugeot 408

Kangar - Murid tahun tiga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampong Serdang, Simpang Empat, di sini, cukup bertuah hari ini apabila dapat bawa balik Peugeot 408.

Dia mendapat kereta bernilai lebih RM130,000 itu selepas namanya dipilih dalam cabutan bertuah sempena Perlis Marathon 2017, di Stadium Syed Putra Jamalullail, hari ini.

Keret dan hadiah caburan bertuah lain disempurnakan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.

Muhammad Farhan Hakimi Mohamad Nor, 9, berkata sekolah mendaftarkan namanya sebagai peserta maraton itu selepas dia muncul juara acara merentas desa di sekolah.

"Sebenarnya saya datang sebagai wakil sekolah bag kategori 5 Kilometer Junior dan untuk memeriahkan Perlis Marathon yang pertama kali saya sertai.

"Saya tak tau pun hadiah cabutan bertuah ialah kereta dan tak terfikir berpeluang untuk memenanginya.

"Apapun, saya bersyukur memenangi hadiah ini. Sungguhpun saya belum cukup umur untuk memiliki lesen kenderaan, saya akan minta tolong abang memandu dan membawa saya dan ibu untuk ke Kuala Lumpur nanti," katanya.

Muhammad Farhan Hakimi adalah antara 12,500 peserta dari dalam dan luar negara yang menyertai acara Perlis Marathon 2017 yang masuk tahun ketiga penganjurannya.

Acara itu adalah sebahagian daripada acara sambutan Ulangtahun Keputeraan Raja Perlis yang Ke-74.

Turut berangkat ke majlis itu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

0 Response to "Murid Tahun 3 Menang Kereta Peugeot 408"

Post a Comment

loading...