loading...

Hafiz Hamidun, Joy Revfa Selamat Diijabkabul

Shah Alam - Penyanyi, Hafiz Hamidun, 33, sah bergelar suami kepada usahawan kosmetik, Joy Revfa, pada jam 3.20 petang ini di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini.

Hafiz dan Joy Revfa atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin, 30, dinikahkan oleh Imam Masjid Tun Uda, Ustaz Firdaus Subhi.

Pada majlis itu, Joy menerima mas kahwin sebanyak RM1,000, manakala nilai wang hantaran pula dirahsiakan.

Pasangan berkenaan tampil menawan dalam persalinan berwarna putih tajaan Cosry, pada majlis yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat masing-masing.

Pasangan itu mengikat tali pertunangan pada 22 Mac lalu selepas perkenalan selama 44 hari.

Hafiz berkongsi, hatinya terpaut pada ibu tunggal itu selepas melihat wanita berkenaan menolak kereta sorong anaknya, Arryan Firdaus, sambil mengusung barangan.

Bekas anggota kumpulan nasyid UNIC, yang juga seorang usahawan itu merancang untuk membawa isterinya menunaikan umrah pada Ramadan ini, selain berbulan madu ke beberapa negara selepas menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

0 Response to "Hafiz Hamidun, Joy Revfa Selamat Diijabkabul"

Post a Comment

loading...