loading...

Kerajaan Haramkan Rawatan Terapi Ozon Berkuatkuasa Serta-Merta

Putrajaya - Kerajaan mengharamkan rawatan oksigen, atau terapi ozon, kerana ia boleh menyebabkan masalah kesihatan, termasuk kematian.

Penilaian Kementerian Kesihatan mendapati tiada manfaat rawatan itu, sebaliknya ia membahayakan nyawa pengguna, lapor Berita Harian.

Pihak yang tidak menarik balik mesin rawatan itu menjelang 1 Julai ini boleh didenda sehingga RM200,000, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Pembuat, pengimport, pengedar dan penyedia mesin juga boleh dipenjara tiga tahun, atau kedua-duanya, jika enggan mematuhi larangan itu.

Kelengkapan rawatan termasuk mesin juga tidak didaftarkan dengan pihak berkuasa negara ini, kata Subramaniam lagi.

Pengguna rawatan tersebut, yang didakwa melambatkan penuaan dan meningkatkan tenaga, mengalami risiko pendarahan kerana menggunakan kimia heparin.

“Selain itu, mereka juga akan mengalami embolism atau penyekatan salur darah oleh gelembung udara, jangkitan kuman dari alatan yang tidak disteril serta hilang upaya kekal akibat kegagalan organ seperti buah pinggang,” katanya.

Tidak benar dakwaan rawatan itu boleh melambatkan penuaan, memberi tenaga dan memutihkan kulit, kata menteri itu lagi.

- See more at: http://www.themalaymailonline.com/projekmmo/berita/article/kerajaan-haramkan-terapi-ozon-kena-penjara-jika-degil#sthash.Mc8D6aXQ.dpuf

0 Response to "Kerajaan Haramkan Rawatan Terapi Ozon Berkuatkuasa Serta-Merta"

Post a Comment

loading...