loading...

Kuarters Kastam Kecoh, Bom Mortar Ditemui Dalam Bilir Meter

Petaling Jaya - Ratusan penghuni Kompleks Perumahan Kastam Kelana Jaya di sini, gempar apabila satu objek menyerupai bom mortar ditemui di kawasan kediaman mereka, pagi tadi.

Atas faktor keselamatan, mereka diarahkan mengosongkan kediaman masing-masing seawal jam 7.30 pagi, sehingga pihak polis mengesahkan objek berkenaan tidak aktif dan tidak berbahaya.

Objek berwarna biru dan tidak aktif itu ditemui dalam bilik meter air di tingkat 11, Blok D, oleh seorang penduduk yang kemudian memaklumkan kepada pihak polis.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, berkata objek berkenaan dipanggil 'Practice Inert' yang hanya digunakan untuk latihan bagi menentukan jarak tembakan.

"Hasil pemeriksaan oleh Unit Pemusnah Bom (UPB) Polis Kontinjen Selangor, objek berkenaan didapati tidak aktif selepas tiada fius pada bahagian belakang, namun diambil oleh UPB untuk tindakan susulan.

"Setakat ini pihak polis sedang berusaha mengesan pemilik sebenar objek berkenaan," katanya ketika dihubungi petang tadi.


0 Response to "Kuarters Kastam Kecoh, Bom Mortar Ditemui Dalam Bilir Meter"

Post a Comment

loading...