loading...

Pelajar Dipaksa Minum Racun Meninggal Dunia

Seremban - Seorang pelajar Tingkatan Tiga yang dipercayai dipaksa minum racun serangga oleh sekumpulan pelajar lain di sini minggu lalu, meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) di sini, malam tadi.

S Pravin, 15, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di HTJ, pada jam 8.30 malam. Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Zaldino Zaludin, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Dalam kejadian jam 5.30 petang Rabu di Nilai dekat sini minggu lalu, mangsa dikatakan dipaksa minum racun oleh kumpulan suspek yang memegang tangan serta kakinya selepas Pravin menegur perbuatan mereka menghidu gam.

Mangsa mengadu mengenai kejadian itu kepada ibunya dan mengadu sakit tekak serta perut pada keesokan hari.

Dia dihantar ke Klinik Kesihatan Nilai sebelum dirujuk ke HTJ untuk rawatan lanjut.

0 Response to "Pelajar Dipaksa Minum Racun Meninggal Dunia"

Post a Comment

loading...