loading...

Remy Ishak Selamat Bertunang Dengan Wanita Pahang

Kuala Lumpur - Pelakon popular Remy Ishak selamat bertunang dengan wanita pilihannya seorang ahli perniagaan yang dikenali sebagai Ezza Yusof, semalam.

Remy, 35, ketika dihubungi Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp mengesahkan perkara itu.

"Terima kasih atas ucapannya," katanya ringkas.

Difahamkan majlis pertunangan pasangan ini berlangsung di kediaman bakal isterinya yang terletak di Pahang membabitkan keluarga kedua belah pihak.

Pada majlis itu, Remy turut hadir mengenakan baju kemeja berwarna biru gelap sementara Ezza memilih warna ungu muda.

Menerusi akaun Instagram Ezza, pelakon Nad Zainal yang juga kawan baik kepada Ezza turut memberikan ucapan tahniah sambil meletakkan nama Remy.

Tidak ketinggalan memberikan ucapan ialah pengurus Remy iaitu Azlin Abas selain beberapa peminat yang mengetahui hubungan pasangan ini.

0 Response to "Remy Ishak Selamat Bertunang Dengan Wanita Pahang"

Post a Comment

loading...