loading...

Video Anak Kecil Menjawab Ketika Dimarahi Bapa Catat Lebih Sejuta Tontonan

Kuala Lumpur - "Saya hanya menyakat anak," kata Muhamad Nuzulnudin Maad, 34, mengenai video kepetahan anaknya Arfah Airissa, 2, yang mendapat perhatian netizen sejak tiga hari lalu.

Menurutnya, video berdurasi satu minit 40 saat itu dirakam sekadar suka-suka oleh isterinya, Arfah Ismail, 35.

Katanya, ketika itu seorang lagi anaknya Arfah Adelia, 5, bermain gunting dan memotong rambutnya sendiri.

“Saya saja menyakat Airissa, sama ada dia yang buat atau tidak.

"Bagaimanapun, dia beria-ria mempertahankan dirinya sambil bersumpah. Kelakar dan geli hati melihat anak sendiri memberi reaksi seperti itu," katanya yang bekerja sebagai pengurus syarikat di Perling, Johor Bahru.

Menurutnya, ada netizen yang 'menghentam' penggunaan perkataan sumpah dalam video itu.

"Budak kecil tidak tahu apa-apa, dia cakap saja tanpa tahu makna. Manakala penggunaan penyangkut baju pula hanya untuk menggertak saja, bukan pukul.

"Selama ini, saya hanya menegur anak supaya mereka faham . Tidak pernah sayabmenggunakan kekerasan seperti pukul kerana mereka kecil lagi," katanya yang tidak mengambil kisah kecaman yang diterima daripada netizen.

Muhamad Nuzulnudin berkata, niatnya memuat naik video itu hanya untuk dikongsi dengan keluarga terdekat.

“Tak sangka daripada ahli keluarga kongsi video itu dan kini sudah tular," katanya.

Menurut Muhamad Nuzulnudin, anak kecil itu perlu diberi perhatian dan kerap berkomunikasi.

"Sejak berusia setahun lapan bulan lagi Airissa petah bercakap kerana saya dan isteri sering berkomunikasi dengannya," katanya.

0 Response to "Video Anak Kecil Menjawab Ketika Dimarahi Bapa Catat Lebih Sejuta Tontonan"

Post a Comment

loading...