loading...

Yusri, Lisa Namakan Anak Kedua Yusof Leonne

Tanggal 23 April lalu, Lisa Surihani dan Yusry telah pun selamat menerima kehadiran anak kedua mereka. Dengan kehadiran si comel ini, maka lengkaplah sepasang seorang lelaki dan seorang perempuan di dalam keluarga mereka.

Menerusi Instagram semalam, Lisa Surihani dan Yusry telah berkongsi nama anak lelaki mereka ini iaitu “Yusof Leonne”.

Sudah tentu kehadiran Yusof Leonne akan menceriakan dan melengkapkan lagi keluarga selebriti ini. Pastinya juga Yahaira Leanne teruja dengan kehadiran adiknya ini.

Semoga Yusof Leonne membesar dengan sihat sejahtera. Tahniah sekali lagi diucapkan buat Lisa dan Yusry atas kehadiran Yusof Leonne.


0 Response to "Yusri, Lisa Namakan Anak Kedua Yusof Leonne"

Post a Comment

loading...