loading...

7 Fakta Menarik Yang Anda Tidak Tahu Tentang Malaysia

1. Stesen Keretapi KL dibina untuk tahan salji




 Tak sangka walaupun negara kita beriklim tropika tetapi stesen keretapi ini dibina untuk menahan kesejukan salji.
Stesen Keretapi Kuala Lumpur dibina untuk menahan kesejukan musim salji sehingga ke tahap kedalaman salji setebal 2 kaki. Malah platform keretapi juga mesti tinggi supaya tidak ditenggelami salji. Bumbung di atas platform keretapi stesen berkenaan juga dibina sehingga tahap mampu menampung berat salji setebal 2 kaki.
2. Kuala Lumpur merupakan ibu kota kilat di dunia

Tahukah anda, KL adalah ibukota di dunia yang paling banyak menerima panahan kilat / petir di dunia? KL menerima panahan kilat jauh lebih banyak berbanding mana2 kotaraya di dunia ini. Dianggarkan dalam setahun sebanyak lebih 200 hari ribut petir berlaku di KL, berbanding hanya 20 hari ribut petir setahun di London dan New York hanya mengalami 10 hari ribut petir setahun.
3. Jambatan Gantung Tertinggi di dunia terletak di Sabah, Malaysia
Malaysia mempunyai Jambatan Gantung (Suspension Bridge) yang tertinggi di dunia? Ramai yang tidak tahu mengenai kewujudan jambatan gantung tertinggi di dunia terletak di Gunung Kinabalu!
4. Serangga Terpanjang di dunia didapati di Sabah, Malaysia
Chan Megastick (Phobaeticus chani) adalah sejenis serangga ranting yang berukuran 567 mm / 56cm (22.3 inci), ia dinamakan bersempena Datuk Chan Chew Lun, seorang pengkaji alamsemulajadi amatur di Malaysia. Hanya 6 spesimen yang ditemui setakat ini, malah maklumat biologi spesies ini masih agak kabur. Serangga ini hidup hanya di atas kanopi rimba.

5. Lokasi Lipas terbanyak di planet Bumi ialah di Malaysia

Gua Gomantong di Sabah mempunyai populasi serangan lipas terbanyak di dunia! Fuhh, tidak disangka bukan?  Gua itu juga terkenal kerana agak busuk bau di dalamnya. Ini kerana bauan berkenaan adalah longgokan timbunan tahi kelawar yang bersepahan di lantai gua. Ratusan ribu lipas memenuhi lantai, dinding dan bahagian atas gua, pendek kata, memenuhi setiap ceruk ruang gua berkenaan!
6. Kalau tak ada kelawar, tak adalah durian dekat Malaysia ni.

Tahukah anda, antara eksport pertanian yang amat menguntungkan ekonomi Malaysia adalah buah durian? Durian adalah buahan eksotik yang amat digemari di pasaran ASEAN dan Asia Timur. Tapi tahukah anda, kelawar buah adalah spesis haiwan pendebunga yang amat penting dalam kitaran hidup pokok durian. Ada dua jenis spesis kelawar di Malaysia iaitu spesis pemakan serangga & spesis pemakan buahan.
7. Tanah perkuburan untuk haiwan peliharaan yang pertama di Malaysia
Tanah Perkuburan Haiwan Peliharaan yang pertama di Malaysia terletak di Nirvana Memorial Park di Semenyih. Lot-lot tanah kubur bersaiz kecil dan sederhana disediakan bagi pemilik haiwan berkenaan. Pakej bagi satu lot tanah kubur haiwan peliharaan adalah RM4,800 termasuk dengan perkhidmatan pengebumian.

0 Response to "7 Fakta Menarik Yang Anda Tidak Tahu Tentang Malaysia"

Post a Comment

loading...