loading...

Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang Dalam Tong Sampah

anjing

Viral di media sosial ketika ini sekeping gambar yang menunjukkan seekor anjing membawa bayi yang baru lahir ke rumah berdekatan. Dikhabarkan kejadian itu berlaku di Arab Saudi dan bayi itu telah dibuang oleh manusia yang tidak berhati perut.
Penghuni rumah yang  terkejut dengan kejadian itu segera membawa bayi itu ke hospital setelah diselamatkan oleh anjing berkenaan.
Namun, akhbar Arab Saudi, Sada, yang menerbitkan berita tersebut tidak menjelaskan di mana insiden ini terjadi tetapi laporan mengesahkan nyawa bayi itu selamat selepas menerima rawatan di hospital berdekatan.
“Bayi malang itu telah dibuang dalam tong sampah sebelum diselamatkan oleh anjing yang sedang menyelongkar untuk mencari makanan,” lapor akhbar tersebut.
Tidak dinyatakan adakah bayi itu hasil dari hubungan haram atau bukan,tetapi yang pastinya Netizen amat terharu dan tersentuh dengan perbuatan anjing ini.
Sumber dari emirates247.com

0 Response to "Anjing Selamatkan Bayi Yang Dibuang Dalam Tong Sampah"

Post a Comment

loading...