loading...

Radhi OAG Bakal Bekerjasama Dengan Rani Kulup?



Siapa yang tidak kenal dengan Ayahanda Rani Kulup. Sebut saya nama beliau perkataan pertama yang akan muncul di bibir setiap orang sudah tentu tagline yang popular seperti #kipidap #dongibap. Diatas populariti yang semakin meningkat naik, Rani Kulup kini semakin meluaskan empayarnya apabila bakal muncul dengan lagu berjudul Kipidap.
Lagu yang bakal dirakamkan bersama Radhi OAG ini telah mendapat sentuah Neves Pretty Ugly yang pernah popular menerusi lagu Diari Seorang Lelaki. Bukan itu saja. Radhi OAG akan diiringi oleh kumpulan muzik yang diberi nama The Cekelat Cedap.
Dalam masa yang sama, Rani Kulup turut sedang sibuk dengan penggambaran filem yang bakal menemui penonton tidak lama lagi. Bukan itu saja, dia turut baru saja melancarkan sebuah buku yang berjudul Kipidap.
Apa yang penting lagu single tersebut tidak akan menyentuh mana-mana perkara sensitif mahupun politik dan hanya mahu menyedarkan masyarakat kita untuk lebih bersatu padu didalam masyarakat setempat. Amboi makin sibuklah ayah nampaknya nanti, dah mengalahkan artis atau selebriti tempatan dah rasanya. Kipidap!

0 Response to "Radhi OAG Bakal Bekerjasama Dengan Rani Kulup?"

Post a Comment

loading...