Slide The City Malaysia: Arena Meluncur Air Yang Bakal Tiba Di Tengah Kota Kuala Lumpur
Saat musim panas tiba, ramai orang mengambil peluang ini untuk melakukan aktiviti riadah dengan cara mereka yang tersendiri. Salah satu yang menarik adalah meluncurkan diri ke kolam air sepanjang 1,000 kaki di Slide The City. Acara ini berasal daripada Amerika Syarikat dan kini telah memulakan penjelajahan ke serata dunia.
Acara ini telah berlangsung di Kanada, United Kingdom, Columbia dan termasuk negara Asia juga seperti Japan, Korea dan Hong Kong. Mereka juga merancang untuk membawa arena gelongsor air paling panjang ke Malaysia.
Slide The City bakal membuat transformasi jalan utama di Kuala Lumpur dengan diubah menjadi gelongsor air paling panjang iaitu dengan ukuran 1000 kaki bersamaan dengan keluasan kawasan tiga padang bola sepak.
Untuk maklumat terkini berkaitan dengan Slide The City Malaysia, anda boleh pergi ke halaman Facebook Slide The City MALAYSIA. Jom tengok dulu video keseronokan meluncur air di gelongsor air paling panjang ini yang dibina di tengah-tengah kota.
0 Response to "Slide The City Malaysia: Arena Meluncur Air Yang Bakal Tiba Di Tengah Kota Kuala Lumpur"
Post a Comment