loading...

Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan

Ramai penggemar Milo pasti terkejut dengan berita rampasan produk minuman Milo tiruan bernilai RM250,000 di sebuah taman perumahan mewah di Mantin, pada Jumaat lalu.


Perkara ini terbongkar selepas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan (KPDNKK) berjaya menyerbu tempat pembungkusan Milo tiruan itu hasil aduan dari orang awam.
Apa yang membimbangkan adalah pek pembungkus Milo tiruan itu sama seperti yang asli, bezanya serbuk Milo tiruan itu dibungkus di rumah jadi kualitinya memang tidak terjamin. Ramai yang risau jika tersalah beli Milo tiruan, silap haribulan mendatangkan kemudaratan pada kesihatan.

Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan
Mujurlah fanpage Milo Malaysia telah berkongsi Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruanberbanding Milo tulen yang dibungkus di kilang keluaran Nestle.
Setiap kali korang nak beli Milo, periksa dulu bungkusannya. Bungkusan Milo Tulen dibungkus oleh mesin jadi bahagian atas paket Milo tersebut tidak mempunyai gerigi yang jelas dan sempurna seperti dalam gambar di bawah ini.


cara bezakan Milo tulen dengan Milo Tiruan



Mudah-mudahan dengan cara membezakan Milo Tulen dengan Milo Tiruan ini akan membantu kita agar tidak membeli Milo yang tiruan.
Berhati-hati ya.


0 Response to "Cara Untuk Kenalpasti Milo Tiruan"

Post a Comment

loading...