loading...

Penggali Kubur Pengsan Keranda Terbuka Dan Mayat Bersuara

Siapa yang tidak akan terkejut jika secara tiba-tiba keranda yang baru diturunkan ke dalam lubang kubur tiba-tiba terbuka dan mayat bersuara bertanyakan dia di mana.

Penggali Kubur Pengsan Keranda Terbuka Dan Mayat Bersuara

Inilah kisah benar yang terjadi kepada seorang penggali kubur di Jerman, menurut laporan ketika keranda yang mengandungi mayat seorang wanita warga emas berusia 92 tahun baru sahaja diturunkan ke lubang kubur tiba-tiba pintu keranda dibuka oleh wanita yang disahkan telah meninggal dunia oleh doktor.
Akibat terkejut,  penggali kubur itu pengsan kerana wanita itu hidup semula. Sebelum kejadian itu, wanita tersebut yang tinggal di rumah orang-orang tua telah ditemui tidak lagi bernafas di tempat tidurnya oleh penjaganya. Kematiannya kemudian telah disahkan oleh seorang doktor.
Apa yang terjadi di tanah perkuburan itu begitu mengejutkan. Wanita yang disahkan telah mati itu dibawa semula ke hospital oleh penjaga rumah mayat selepas memeriksa denyutan nadi wanita tersebut
Kini polis sedang menjalankan siasatan ke atas jururawat dan doktor yang telah mengesahkan kematian wanita itu sebelum ini.

0 Response to "Penggali Kubur Pengsan Keranda Terbuka Dan Mayat Bersuara"

Post a Comment

loading...