loading...

Fakta Menarik Tentang Kucing Yang Mungkin Kita Tidak Tahu

  • Kucing antara haiwan yang suka tidur. Seekor kucing boleh tidur sekitar 16 jam sehari.
  • Kebiasaannya kucing yang mempunyai bulu 3 warna adalah betina. Manakala jika kucing jantan mempunyai bulu 3 warna, selalunya kucing tu mandul.
  • Kucing memiliki 30 batang gigi di dalam mulutnya.
  • Kucing boleh mengeluarkan lebih dari 100 jenis bunyi berbanding anjing yang hanya boleh mengeluarkan kira-kira 10 bunyi.
  • Kucing yang bermata biru adalah pekak. Semua anak kucing dilahirkan bermata biru bila semakin besar barulah warna mata berubah.
  • Kucing boleh mencari jalan pulang biarpun dibuang beberapa kilometer dari rumah.
  • Seekor kucing mampu melompat tujuh kali lebih tinggi dari tubuhnya.
  • Kucing adalah haiwan nocturnal, iaitu aktif di waktu malam.
  • Jantung kucing berdenyut dua kali lebih cepat dari manusia.
  • Memori seekor kucing jauh lebih baik berbanding anjing dan monyet.
  • Di zaman Mesir kuno, hukuman bagi mereka yang membunuh kucing adalah hukuman mati. Dan jika ada kucing peliharaan yang mati, seluruh ahli keluarga akan mencukur kening mereka sebagai tanda sedang berkabung.
  • Kucing ada kebolehan menenangkan manusia. Bila kita membelai kucing, tekanan darah akan turun dan denyutan jantung akan menjadi stabil.
  • Kucing mampu berlari hampir 50km/jam
  • Seekor kucing betina akan hamil kira-kira 58 – 65 hari.
  • Coklat boleh menjadi racun kepada kucing. Begitu juga dengan aspirin.
  • Kucing mempunyai 200 juta sel yang sensitif kepada bau, hampir 40 kali leih dari manusia.
Inilah antara fakta-fakta menarik tentang si bulus yang comel. Jika korang ada fakta-fakta lain yang menarik, jangan segan untuk kongsikan dalam ruangan komen nanti ye.

0 Response to "Fakta Menarik Tentang Kucing Yang Mungkin Kita Tidak Tahu"

Post a Comment

loading...