Baru-baru ini pelakon Syazwan Zulkifly menyatakan hasrat untuk
bersara dari dunia lakonan kerana satu peristiwa, namun tidak dapat dipastikan
apa sebenarnya peristiwa tersebut. Pelakon itu juga memuat naik status di
Instagram menyatakan rasa rindu pada Shenty Feliziana, pelakon dan pengacara
kelahiran Singapura yang dikaitkan dengannya.
Melalui BH Online, Shenty mengakui
dirinya telah dikasari seorang pelakon lelaki namun begitu sudah memaafkannya.
Kejadian dikasari itu berkaitan dengan satu gambar wajah Shenty berada dalam
keadaan tercedera bulan lepas yang dihantarnya kepada BH. Susulan kejadian itu,
Shenty telah membuat laporan polis di Kuang, Selangor pada 27 Oktober untuk
keselamatan dirinya.
Ketika
kejadian dia dihantar oleh pelakon lelaki berkenaan ke tempat kerja sebelum dia
ke lokasi penggambaran drama 2000KM ke Al Haram.
Benar, dia sudah mengasari saya. Pada awalnya, kami hanya nak
berbincang mengenai lanjutan hubungan kami. Saya rasa perbalahan antara kami
jadi agak tertekan…dan ketika itulah dia mula naik tangan. Cukup setakat itu
yang saya boleh kongsikan.
Pada hari kejadian, saya memang mengambil masa yang lama di
balai polis untuk membuat laporan polis. Ketika itu saya ditemani rakan
setugas. Oleh kerana memikirkan saya sendirian di Kuala Lumpur tanpa keluarga,
saya nekad membuat laporan polis.
Shenty
bagaimanapun telah menarik balik laporan polis terhadap pelakon lelaki tersebut.
Keputusan menarik balik laporan polis itu kerana beberapa sebab,
termasuk hal kesihatan membabitkan bapa beliau (pelakon berkenaan) yang
menghidap sakit jantung.
Saya dan keluarga tidak sanggup menyusahkan keluarganya.
Keluarga saya sendiri memahami apa yang dirasai keluarga mereka.
Jadi apa yang terjadi ini, biarlah Tuhan sahaja yang membalas.
Saya dan keluarga sudah memaafkan perbuatannya.
Shenty
mengakui merasa trauma dengan kejadian itu dan juga enggan dikaitkan lagi
dengan pelakon itu:
Dengan apa yang terjadi, saya berharap tidak akan dikaitkan lagi
dengan pelakon itu. Hubungan kami masih pada tahap perkenalan kerana selagi tak
berjumpa keluarga dan tiada ikatan, apa sahaja boleh terjadi.
Saya datang Malaysia kerana mahu mencari rezeki dan saya tak ada
langsung berniat mahu meraih simpati atau mendapatkan perhatian seperti ini..
0 Response to "Shenty Feliziana Sudah Maafkan Syazwan Zulkifly Kerana Memukulnya?"
Post a Comment