loading...

Ini Model Yang Menolak Lamaran Ronaldo Mentah-Mentah

Banyak artikel yang siarkan tentang video di mana Christiano Ronaldo menyamar menjadi gelandangan , tapi tu dah biasa sangat. Kali ni kami nak kongsikan dengan anda tentang cerita bagaimana model yang sangat cantik ini menolak lamaran cinta Ronaldo. Dengan ketampanan serta reputasinya ketika ini, tentu mudah saja bagi Cristiano Ronaldo untuk berpacaran dengan mana-mana wanita sahaja yang dia mahukan. Tetapi seorang wanita bernama Aline Lima mengaku telah berkali-kali menolak  permintaan bintang bolasepak itu untuk menjadi teman lelaki bagi dirinya.
Aline Lima yang juga merupakan seorang model di Australia itu pada mulanya berkenalan dengan Ronaldo di laman sosial Instagram. Dia bertanya kepada penyerang Portugal tersebut sudahkah dia menerima surat dari Alex yang merupakan teman lelakinya dan juga seorang peminat fanatik Ronaldo. Ronaldo menjawab pertanyaan Aline itu tetapi jawapan yang diterimanya sangat tidak diduga dan amat terkejut dengan perbuatan Ronaldo itu.


“Bolehkah saya melihat gambar anda ketika bersenam di gym?”  tanya Ronaldo kepada supermodel ini.
Aline menolak mentah-mentah permintaan pemain bola sepak itu. Rimas dengan permintaan Ronaldo yang melampau,  model kelahiran Brazil itu menjawab, “Tidak, nanti bf saya marah”.
Ronaldo tetap juga berkeras dan merayu kepada Aline. “Tidak ada siapa yang tahu sayang. Diam-diam sahaja”. Aline tetap juga tidak mengambil endah permintaan Ronaldo.
Berita ini kemudiannya tersebar di internet dan menjadi perbualan orang ramai. Ramai yang mengutuk tindakan Aline ini yang hanya mahukan perhatian dan publisiti murahan. Demi ingin menjaga nama dan reputasinya, Aline Lima memuatnaik status ini di laman sosial miliknya untuk menjernihkan keadaan.

0 Response to "Ini Model Yang Menolak Lamaran Ronaldo Mentah-Mentah"

Post a Comment

loading...