loading...

G-Dragon Bawa Teman Wanita Naik Lamborghini Aventador

Nama selebriti Korea terkenal, G-Dragon (GD) menjadi bualan ramai di media sosial semalam terutama peminat muzik K-pop.
Seorang peminat mendakwa melihat kelibat ketua kumpulan Big Bang itu tiba di sebuah hotel di Seoul, Korea dengan menaiki sebuah kereta sport mewah Lamborghini Aventador LP 700-4 berwarna hitam. Namun, GD kelihatannya tidak berseorangan kerana dia bersama seorang wanita mirip model dan pelakon Jepun berdarah kacukan Korea-Amerika, Kiko Mizuhara.
“Saya datang ke hotel Shilla dan ternampak G-Dragon dan Kiko (Mizuhara). Saya terkejut melihat sebuah Lamborghini, tetapi saya lebih terkejut apabila G-Dragon keluar daripada kereta tersebut.
“Ini adalah gambar G-Dragon dan Lamborghini miliknya,” kata peminat tersebut.
Mereka berdua sebelum ini pernah dikaitakan bercinta kerana kerap di lihat bersama namun pihak pengurusan GD iaitu YG Entertainment menafikan mereka berpacaran.
Pihak YG Entertainment mengeluarkan kenyataan ekoran tersebarnya gambar itu, “Itu memang G-Dragon dan keretanya, tetapi kami tidak tahu bila gambar itu dirakamkan. Kami juga tidak tahu sama ada dia bersama Kiko.”
Sumber Malaysian Digest.

0 Response to "G-Dragon Bawa Teman Wanita Naik Lamborghini Aventador"

Post a Comment

loading...