loading...

Tempe Jadi Makanan Paling Mewah Di Jerman




Pasar Vinh Loi di Seestrasse, Jerman merupakan pasar yang selalu dikunjungi oleh orang ramai.  Kebanyakan pembeli yang merupakan orang Asia akan membeli bahan-bahan untuk masakan seperti  cili kering, sayur bayam,  kacang panjang dan lain-lain. Selain itu, penduduk tempatan di Jerman juga tidak ketinggalan mengunjungi pasar ini untuk mendapatkan sajian citarasa Asia.
Tempe juga turut dijual di pasar milik orang Vietnam ini. Namun jangan tak percaya harga tempe di pasar ini dijual lebih mahal berbanding di Malaysia. Tempe dengan berat hanya  400 gram dijual dengan harga  1.79 Euro atau bersamaan dengan harga RM9.00. Harga tempe di Jerman juga sama dengan harga sekilo peha ayam yang dijual pada harga 1.99 Euro.
Ini adalah merupakan perbezaan yang ketara untuk harga tempe yang dijual di Jerman berbanding di Malaysia. Namun kalau sudah kempunan ingin menikmati tempe, harga tidak menjadi masalah

Import merupakan salah satu faktor kenapa harga bahan makanan Asia lebih mahal di sini. Tetapi tempe di Jerman tidak diimport dari Malaysia. Jerman sudah menghasilkan sendiri tempe mereka dengan nama yang menggunakan nama yang sama. Tempe dihasilkan oleh perusahan tempatan di Jerman iaitu Natural Vegetarian Food.
Sumber dari Yuda.com

0 Response to "Tempe Jadi Makanan Paling Mewah Di Jerman"

Post a Comment

loading...