loading...

MAGIC SIM - INTERNET BURUNG HANTU PERCUMA

Pengguna Magic Sim kini boleh menikmati pakej Internet Burung Hantu iaitu internet laju percuma tanpa had bermula 1 pagi hingga 7 pagi setiap hari. Jom baca artikel sepenuhnya untuk ketahui bagaimana cara untuk menikmati Internet Burung Hantu di smartphone anda.


Internet Burung Hantu (IBH) ini bukanlah pakej baru dari Celcom / Xpax, tetapi merupakan freebies kepada setiap pengguna Magic Sim. Kenapa ia dipanggil burung hantu? Kerana internet laju percuma dan unlimited ini khas untuk mereka yang sering berjaga lewat malam dari pukul 1 pagi hingga 7 pagi.
Semua pengguna Magic Sim boleh guna Internet Burung Hantu. Syaratnya; mereka kena melanggan mana-mana pakej internet mingguan dan bulanan seperti dalam gambar di atas. Lepas langgan, barulah Internet Burung Hantu itu akan aktif setiap hari bermula 1 AM – 7 AM.
Buat masa sekarang, IBH adalah unlimited !
1. Boleh stream Youtube, browse facebook, download games daripada Steam dan macam-macam lagi pada tempoh tersebut tanpa sebarang caj dan had quota.
2. Kelajuan internet pula bergantung kepada coverage kawasan anda tinggal.
3. Saya dapat speed H+ sekitar 500 kbps bila download files menggunakan IDM.
4. Saya dengar ada yang dah berjaya download files saiz lebih 10 gb dengan IBH. Saya harap anda semua tidak abuse internet free dan laju ini, kalau terlalu congested tak mustahil Celcom / Xpax akan terminate atau letak quota pada IBH ini.

0 Response to "MAGIC SIM - INTERNET BURUNG HANTU PERCUMA"

Post a Comment

loading...