Ramai
yang di antara kita teringin sangat untuk mendapat jawatan dengan kerajaan.
Saya sangat pasti anda di sini sekarang kerana mencari tips temuduga SPA atau kerajaan.
Lebih-lebih
lagi dengan kelebihan yang bakal kita terima yang membuatkan kita teruja
untuk menjawat jawatan kerajaan
Part
temuduga SPA atau kerja kerajaanlah biasanya membuatkan kita
seram sejuk dan tak tidur malam, sebab part interview inilah yang paling ramai GAGAL!
Di
sini, saya kongsikan dengan anda tips temuduga kerajaan, ilmu dan
pengalaman yang saya dan rakan-rakan ada bagi membantu anda menghadapi temuduga
kerja kerajaan ini dengan tenang dan mudah.
Walaupun
saya lebih menekankan kepada tips lulus temuduga kerajaan tetapi tips-tips
temuduga ini sebenarnya adalah tips yang evergreen. Ia juga boleh diguna pakai
untuk tips temuduga swasta juga.
5 Perkara Yang
Anda Harus Siapkan Diri Anda
1.
Wajib Tahu
Tugas Anda
2.
2. Kaji
Kementerian & Jabatan Di Mana Anda Akan Ditempatkan
Sangat penting untuk
anda mengetahui visi, misi, fungsi asas dan struktur organisasi
bahagian, jabatan atau kementerian dimana anda akan ditempatkan.
Dengan adanya internet,
kerja ini amat mudah untuk anda, google saja.
3. Peka Dengan Isu-Isu Semasa
Banyakkan kajian tentang
isu-isu semasa yang berlaku yang ada kaitan dengan kementerian, jabatan di mana
anda akan ditempatkan. Jika anda akan ditempatkan di Kementerian Kesihatan
sebagai contoh, pastikan anda mengetahui tentang;
§ Kempen
cara hidup sihat
§ Kempen
pencegahan dan pembasmian denggi
§ Penswastaan
perkhidmatan sokongan hospital
§ Peranan
NGO dalam bidang kesihatan
§ Dan
sebagainya
4. Penilaian Semasa Temuduga
Di dalam
mana-mana temuduga awam mahupun temuduga sektor swasta sekalipun, anda
akan dinilai dari sudut etika, budaya, pemakaian, komunikasi, sahsiah diri dan
kesesuaian.
Jangan
risau, anda mempunyai cukup masa untuk memastikan diri anda adalah prospek yang
paling sesuai.
5. Soalan Semasa Temuduga
Semasa
sesi temuduga, akan ada dua panel di hadapan anda. Bergantung kepada jumlah
pemohon, temuduga akan dijalankan secara berkumpulan dengan 5 orang setiap
kumpulan.
Soalan
semasa sesi temuduga dibahagikan kepada tiga bahagian.
Sesi Pertama : Anda akan
diminta mempererkenalkan diri
Sesi Kedua : Anda akan
diberi situasi dan diminta untuk memberikan penjelasan atau tindakan atas
situasi tersebut.
Sesi Ketiga : Soalan
umum, pengetahuan am dan isu semasa.
Semasa Temuduga
1.
Datang 30 minit lebih awal ke lokasi temuduga. Ini
dapat membantu anda menghilangkan rasa gugup.
2.
Beri salam kepada panel temuduga. Fokus dan dengar dengan teliti
semua soalan yang diajukan.
3.
Minta penjelasan jika anda tidak faham soalan.
4.
Jaga adab dan duduk dengan sopan. Perhatian! Jangan sekali-kali
menyilangkan kaki anda di depan penemuduga.
5.
Letakkan beg atau apa sahaja yang anda bawa dibawah.
6.
Jangan gunakan loghat negeri walaupun penemuduga itu anda
kenal atau sekampung dengan anda.
7.
Sebaik-baiknya matikan telefon bimbit. Ini akan membantu anda
untuk kekal fokus sepanjang sesi temuduga.
8.
Semasa menjawab, elakkan dari memberi jawapan yang menunjukkan
bahawa anda memerlukan simpati penemuduga untuk diterima dalam
temuduga itu. Sebaliknya berikanlah jawapan yang dapat menunjukkan
anda optimis dalam bidang yang hendak anda ceburi itu.
9.
Berbual secara terbuka, terang dan jujur dan atasi sifat malu
anda. Tiada siapa yang mahu mengambil pekerja yang pasif tetapi jangan
melebih-lebih hingga mewujudkan sifat terlalu yakin anda akan mendapatkan
pekerjaan yang anda pohon.
10.
Jangan terlalu serius, tunjukkan sikap ceria dan
tenang.
11.
Pastikan anda menatap mata panel penemuduga. Ini dapat
menimbulkan kepercayaan kepada panel bahawa anda seorang yang sangat
berkeyakinan.
12.
Ucapkan terima kasih selepas temuduga. Nyatakan sekali harapan
anda supaya dapat diterima di akhir sesi temuduga.
13.
Semasa menunggu keputusan temuduga, banyakkanlah berdoa kepada
Tuhan supaya anda berjaya diterima.
0 Response to "Tips Temuduga SPA & Kerajaan"
Post a Comment