Seharusnya apabila kita berada dalam satu perkahwinan, kita ingin melayarinya
dengan penuh ketenangan dan kasih sayang. Tidak perlu terikut-ikut kisah“happily ever after” seperti Cinderella, Sleeping Beauty
atau Snow White, cukup sekadar merencana kisah cinta sendiri dengan pasangan.
Tidak perlu juga hadiah mahal seperti kereta besar, barang kemas, wang berjuta
atau beg tangan mahal tetapi cukuplah dengan kasih sayang tulus suci dan
perkara-perkarasweet yang mampu buat kita tersenyum setiap
hari.
Apa yang pasangan bahagia lakukan untuk kekal gembira? Ikuti 10 tips
kami di bawah:
1.
Mereka
berkomunikasi
Berkomunikasi adalah cara penguat
ikatan kasih sayang. Berkomunikasi dengan tulus sekurang-kurangnya sekali
sehari sudah cukup untuk menghapuskan segala salah faham. Sekiranya anda
terganggu tentang perkara-perkara tertentu atau tidak bersetuju dengan tindak
tanduk pasangan, berkomunikasilah.
Berkata-katalah dengan perkataan yang
baik, jangan berleter atau mencari kesalahan pasangan. Hargai sifat positif
pasangan dan selalulah memuji beliau
2.
Mereka
mengembangkan minat bersama
Berkongsi minat terhadap sesetengah
perkara (bukan semua) adalah tanda perhubungan yang sihat. Pasangan bahagia
berasa seronok apabila ditemani pasangannnya, tidak kira apa yang mereka
lakukan.
3.
Mereka
menghabiskan masa bersama
Dengan kehidupan yang bergerak pantas, agak sukar mencari
waktu senggang untuk bersantai bersama. Pasangan bahagia selalu mencari masa
untuk menghabiskan masa sekurang-kurangnya setengah jam setiap minggu
untuk bersama. Berjumpa untuk makan
tengahari atau membeli barang keperluan harian berdua.
Hari minggu pula buat sesuatu yang lebih menggembirakan.
Seperti menonton wayang atau pergi berkelah di taman.
4.
Mereka
berpelukan
Pasangan bahagia bermanja dengan berehat di bawah selimut sambil
berpelukan. Tahukah anda kajian menunjukkan menghidu bau pasangan semasa berpelukan mempunyai kesan positif terhadap
hubungan anda?
Bau
badan pasangan anda mempunyai bahan kimia tertentu yang menghasilkan keselesaan
atau rasa selamat kepada diri kamu. Berpelukan adalah reaksi istimewa terhadap
hubungan yang sihat.
5.
Mereka
mengatakan “I love you”
I love you”
adalah perkataan ajaib. Hanya 3 perkataan, tetapi kata-kata keramat ini mampu
memberi semangat kepada pasangan setiap kali diungkapkan sebelum pergi ke
tempat kerja dan memberi kelenaan setiap kali diungkapkan sebelum tidur.
Pasangan akan gembira dengan menifestasi verbal ini. Bak kata boy band popular
satu masa dahulu, Boyzone, “it’s only words, and words are all I have, to
take your heart away.”
0 Response to "9 Perkara Kecil Yang Pasangan Suami Isteri Gembira Buat Setiap Hari"
Post a Comment