loading...

Gadis Berusia 21 Tahun Jadi Kapten LRT Paling Muda

Baru berusia 21 tahun, wanita ini sudah bergelar kapten Transit Aliran Ringan (LRT) paling muda di Malaysia.

Wanita yang dikenali sebagai Nur Aina itu menjadi viral selepas gambarnya dimuat naik oleh CEO Prasarana, Azmi Abdul Aziz di laman Twitter miliknya.

"Perkenalkan Cik Nur Aina. Di usia 21, dia merupakan salah seorang kapten LRT termuda dalam pasukan kami." tulis Azmi.

Menurut Azmi, gadis yang berasal dari Sekichan itu mempunyai minat yang mendalam terhadap keretapi termasuklah LRT

"Aina selalu mengambil LRT setiap hari untuk bekerja di sebuah restoran segera di Ampang. Dari situ, dia mula menjadi minat dengan keretapi." tulis Azmi.

Bagi seorang wanita, minat kepada keretapi boleh dikatakan satu minat yang sangat jarang didengari. Tetapi, sesuatu yang boleh dipuji tentang Aina adalah dia membawa minatnya kepada satu kerjaya yang mana sesuatu yang menyihatkan.

Syabas Nur Aina!

0 Response to "Gadis Berusia 21 Tahun Jadi Kapten LRT Paling Muda"

Post a Comment

loading...