Misteri bau busuk yang dihidu penghuni rumah Flat Sri Penara, Bandar Sri Permaisuri, Cheras sejak empat hari lalu terjawab apabila mayat lelaki yang disyaki dibunuh ditemui dalam bilik di sebuah rumah, pada 2 petang, hari ini.
Mayat lelaki berusia 32 tahun itu ditemui dalam keadaan tertiarap dengan kedua-dua tangan diikat menggunakan wayar pengering rambut dan pengecas telefon bimbit.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata, polis menerima panggilan daripada penduduk flat terbabit yang curiga dengan bau busuk yang dihidu sejak empat hari lalu dan meminta supaya polis membuat pemeriksaan.
Katanya, polis yang membuat pemeriksaan di sebuah rumah mendapati ada mayat lelaki sudah membengkak dan membusuk.
"Pakar Patologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) mengesahkan lelaki itu sudah mati kira-kira empat hari lalu. Namun, kesan kecederaan pada luar badan mangsa tidak dapat dipastikan.
"Mangsa yang bekerja di sebuah bank di ibu kota, berasal dari Sarawak difahamkan menyewa di rumah itu seorang diri," katanya.
Katanya, mayat dihantar ke rumah mayat PPUKM untuk bedah siasat yang dijangka dilakukan esok.
loading...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
loading...
0 Response to "Misteri Bau Busuk Terjawab Dengan Penemuan Mayat Lelaki"
Post a Comment