loading...

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia

Tarikh rasmi sambutan Hari Ibu 2017 di Malaysia. Jasa dan pengorbanan seorang yang bergelar ibu sangat besar dan tidak ternilai harganya. Untuk info, sambutan Hari Ibu di Malaysia diraikan pada hari Ahad minggu kedua bulan Mei setiap tahun. Bagi tahun ini, rakyat Malaysia akan menyambut Hari Ibu pada Ahad 14 Mei 2017. Buat mereka yang masih ada ibu, berilah hadiah istimewa kepada ibu anda sempena Hari Ibu. Jika yang dah meninggal dunia, kirimkanlah doa supaya roh mereka sentiasa dicucuri rahmat.

Tarikh Sambutan Hari Ibu 2016 Di Malaysia
  • Ahad 8 Mei 2016

Tips Hadiah Atau Pemberian Sempena Hari Ibu

Dengan memberi penghargaan atau hanya sekadar ucapan, sudah cukup membuatkan seorang ibu itu terharu. Bagi yang berkemampuan, anda boleh memberikan hadiah atau meluangkan masa dengan membawa si ibu bersiar-siar. Berikut adalah pemberian yang boleh anda berikan kepada ibu sempena Hari Ibu:
  • Kata-kata ucapan
  • Kad Ucapan
  • Hadiah
  • Membawa bersiar-siar
  • Membawa ibu ke restoran untuk menjamu selera

Hukum Menyambut Hari Ibu Bagi Orang Islam

Perayaan Hari Ibu pada kurun ke 20-an sebenarnya bukanlah merayaan pengorbanan jasa seorang ibu. Hari Ibu pada era 20-an sebenarnya merayakan dewa greek iaitu Cybele dan merayakan “Biriawati” atau “Mother” di Gereja bagi agama Kristian. Namun pada zaman moden sekarang dan mengikut arus semasa, perayaan “hari ibu” telah diubah untuk merayakan pengorbanan jasa seorang ibu.

Bagi umat Islam, setiap hari adalah hari ibu. Tiada waktu khusus untuk meraikan hari ibu. Namun, bagi umat islam yang ingin merayakan hari ibu, adalah tidak salah asalkan tidak membazir dan lebih baik adalah bersedehana.

0 Response to "Tarikh Sambutan Hari Ibu 2017 Di Malaysia"

Post a Comment

loading...