loading...

Wanita Reka Cerita Dirinya Diculik Direman 4 Hari

Batu Gajah - Seorang wanita yang mendakwa dirinya diculik ketika menghantar barangan kepada pelanggan di Taiping pada 3 Mei lalu dan tular di media sosial direman empat hari mulai hari ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mohd Fitri Sadaruddin di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah di sini mulai hari ini sehingga 13 Mei depan.

Tahanan reman itu dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan iaitu menculik dan Seksyen 182 akta sama kerana membuat keterangan palsu.


Suspek yang juga isteri seorang anggota polis itu ditahan ketika sedang bekerja di sebuah taska di Shah Alam kira-kira jam 10 pagi semalam.

Terdahulu, suspek berusia 40-an itu diiringi dua anggota polis wanita tiba di perkarangan IPD Batu Gajah menaiki kenderaan polis pada jam 9.30 pagi.

Suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu itu kemudiannya dibawa keluar dari bangunan berkenaan kira-kira lima minit kemudian sejurus selepas prosiding selesai.

0 Response to "Wanita Reka Cerita Dirinya Diculik Direman 4 Hari"

Post a Comment

loading...