loading...

Viral Payudara Wanita Malaysia Kedua Terkecil Di Dunia Rupanya Palsu

Baru-baru ini telah viral tentang satu kajian yang menyenaraikan saiz payudara mengikut negara. Malaysia dikatakan menduduki senarai kedua terkecil daripada negara-negara yang dikaji.

Kajian yang diterbitkan oleh The Journal Of Female Health, "Scientific Analysis Reveals Major Differences in the Breast Size of Women in Different Countries" adalah tidak benar sama sekali.

The Journal Of Female Health bukanlah jurnal akademik yang sah kerana jika anda taip tajuk kajian pada enjin carian, tidak akan ada hasil kajian secara langsung yang dibuat seperti yang dilampirkan oleh jurnal tersebut.

Sumber-sumber seperti New Delhi School of Applied Sciences, Braga Medical School, Department of Mathematical Statistics, UISS, New Delhi School of Applied Sciences, ND Garment Ltd, Camiry University, dan the Atape Institute of Human Anatomy, nyata tidak ada satu pun yang keluar pada halaman pertama carian enjin tersebut.

Hal ini adalah mungkin kerana The Journal Of Female Health dan universiti-universiti yang dinyatakan tidak mempunyai reputasi online, maka kajian ini sukar untuk disahkan kesahihannya, melainkan salah seorang wakil daripada pihak yang disebut membuat kenyataan.

Oleh itu, hentikan daripada mempercayai kajian yang kononnya mengatakan payudara wanita Malaysia adalah yang kedua terkecil di dunia.

Nak baca boleh, percaya jangan.

0 Response to "Viral Payudara Wanita Malaysia Kedua Terkecil Di Dunia Rupanya Palsu"

Post a Comment

loading...