loading...

Setahun Tidak Cukur Bulu Ketiak & Kaki, Gadis Ini Mahu Galak ‘Natural Beauty’

Seorang blogger kecergasan telah mendedahkan rahsianya yang sudah setahun tidak mencukur bulu pada bahagian ketiak dan kaki hanya kerana ingin memberi inspirasi buat orang lain tentang pentingnya menjaga kecantikan semula jadi.

Morgan Mikenas telah memuat naik video yang dikongsi di laman instagramnya dengan tajuk “Why I Don’t Shave”.



Gadis ini juga turut mendedahkan kisah silamnya ketika dibuli oleh budak lelaki di dalam kelas gymnasium sewaktu di sekolah. Ketika itu, usia anak muda ini hanya sekitar 11 atau 12 tahun dan dia berlari pulang ke rumah dalam keadaan menangis teresak-esak meminta ibunya mengajar bagaimana cara untuk bercukur.

Namun begitu, pada tahun lepas dia telah mengambil keputusan untuk tidak mahu bercukur terutamanya di bahagian ketiak dan kaki.

Dalam video yang disiarkan di saluran YouTube itu juga, dia menjelaskan bahawa salah satu sebab dia tidak mahu bercukur adalah kerana aktiviti itu sangat meremehkan dan memerlukan masa yang banyak untuk diluangkan.

“Ia memerlukan saya untuk mengambil masa yang lama ketika di bilik mandi bagi melakukan aktiviti bercukur tersebut. Kemudian, saya harus memcuci rambut dan seterusnya membersihkan anggota badan yang lain,”

“Selepas saya tidak lagi melakukan aktiviti bercukur, saya menyedari bahawa ianya menjadi lebih baik dan lembut,” jelas Morgan lagi.

You don't realize how far you've come until you look back at where it all started. The picture on the left was 2 years ago before I started getting into bodybuilding.. I was unhappy with many aspects of my life, mentally and physically.. I decided it was time for change... and never looked back. The picture on the right is me currently.. the same bikini, but happier/healthier/hairier me:) I am a completely new person inside and out, and I could not be more proud of myself.☺😌 Gaining muscle takes time, discipline, dedication, patience, and most of all consistency. Your are not going to see instant results and it's not going to happen overnight.. It is a long process.. BUT if you keep with it you can achieve anything you set your mind to!💗😎#fitness #fitnessjourney #namaste #spreadlove #change #abs #dedication #challenge #healthylifestyle #healthy #happy #consistency #bodypositive #goals #positivity #inspiration #bethechange #calisthenics #hairywomen #fitnessmotivation #getfit #loveyourself #transformation #bodybuilding #inspireothers #dreambig #fuzzy #bodyhairdontcare

A post shared by Morgan Mikenas (@i_am_morgie) on



Gadis ini juga menambah, dia tidak selesa apabila bercukur kerana kerap berasa gatal dan bekas cukur itu seakan-akan tajam dan membuatkannya tambah tidak mahu lagi bercukur.

Bukan ingin mempengaruhi orang lain supaya tidak bercukur, Morgan juga menasihatkan supaya korang lakukan apa sahaja yang membuatkan korang rasa selesa.

Menurut pengalamannya lagi, dia pernah bekerja di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak dan ketika ingin membawa kanak-kanak tersebut berenang di kolam renang, seorang budak telah menegurnya dengan berkata, “Hey, awak kelihatan seperti lelaki.”

Sudah terbiasa dengan tohmahan yang diberi, Morgan juga turut menerima pelbagai kutukan dan penghinaan di media sosial. Ramai yang menganggap perbuatannya ini sesuatu yang menjijikkan namun tidak sekali pun cercaan itu mengubah keputusan yang telah diambil oleh gadis ini.

Baginya, orang lain boleh berkata apa sahaja dan dia juga berhak untuk tidak melakukan rutin yang sama dilakukan oleh wanita-wanita lain.

Cantik itu merupakan perkara subjektif bagi setiap individu. Mungkin bagi Morgan, dia kelihatan cantik jika tidak bercukur tetapi kami takut pula nak bayangkan bagaimana agaknya rupa kita kalau setahun tak bercukur ya?

0 Response to "Setahun Tidak Cukur Bulu Ketiak & Kaki, Gadis Ini Mahu Galak ‘Natural Beauty’"

Post a Comment

loading...