loading...

Pengantin Viral, Wajah Tanpa Mekap Lagi Cantik Dari Hasil Solekan MUA


Kisah pengantin ini jadi viral minggu lepas kerana solekan oleh make up artist (MUA) yang digunakan sangat mengecewakan dirinya.

Mana tidak menjadi impian setiap pengantin perempuan untuk tampil paling cantik pada hari bahagia mereka. Tapi bagi Nurul Hidayah impian itu menjadi mimpi ngeri bila solekan indah yang harapkan dari mekap artis yang diupah menjadi sebaliknya.

Solekan pada hari persandingannya 20 April lalu bukan saja tidak kemas tapi bercapuk dan seakan luntur tidak sampai sejam dirias. Keadaan itu menyebabkan dia dan rakan terpaksa menata kembali solekan berkenaan.

Kekecewaan Nurul Hidayah ini memang berasas, kalau diperhatikan wajah aslinya lebih cantik daripada selepas dimekap jurusolek berkenaan.

Malah solekan yang dibuat oleh adiknya pada hari pertunangan lebih cantik daripada mekap pada hari perkahwinannya. Lihat saja foto yang diambil daripada Facebook Nurul Hidayah ini.

Hasil mekap adik & gambar sebelum


Wajah tanpa guna mekap artis


Solekan oleh MUA di hari persandingan


Dalam pada itu dalam status terbaru Nurul Hidayah masalah beliau dengan MUA sudah selesai. Semoga ia menjadi pengajaran dan panduan buat bakal pengantin lain supaya berhati-hati dalam mencari mekap artis di hari bahagia mereka.


Sumber : Nurul Hidayah

0 Response to "Pengantin Viral, Wajah Tanpa Mekap Lagi Cantik Dari Hasil Solekan MUA"

Post a Comment

loading...