loading...

Wanita Ini Sanggup Berhabis Wang Untuk Nampak Seperti Kate Middleton

Ramai yang mengagumi gaya Kate Middleton yang juga isteri kepada pewaris takhta kerajaan Britain Putera William.

Penampilannya yang elegan pada masa yang sama tidak keterlaluan menyebabkan ramai wanita dari seluruh dunia meminati Duchess of Cambridge ini.

Tidak ketinggalan wanita bernama Kate Urbanska. Kerana terlalu meminati Kate Middleton dia sanggup berhabisan wang untuk memiliki gaya yang sama.

Urbanska memperuntukkan hampir $7,000 pound sterling bersamaan RM38,991 untuk tujuan itu. Antaranya termasuklah untuk mendandan rambutnya mirip Kate Middleton walau pun membelanjakan $1,207 pound sterling (RM6,723) untuk itu.

Sementara untuk pakaian, kebanyakannya dibeli laman web selain mempunyai tukang jahit sendiri untuk memastikan baju tersebut terletak elok pada tubuhnya.

"Ada sesuatu mengenai gaya Duchess yang menarik minat saya. Dia tidak mengikut trend sebaliknya memilih pakaian yang selesa, elegan dan klasik,"ungkapnya memetik dari laman web Observer.

Walaupun pakaian yang dipakai Urbanska tidaklah betul-betul sama dengan apa yang dipakai Kate Middleton tapi ia hampir sama.

Gadis ini turut merakamkan setiap gayanya yang sama dengan Kate Middleton dalam akaun instagram GreatRepliKate hingga mendapat liputan meluas dalam media di sana.







A post shared by GreatRepliKate (@greatreplikate) on

0 Response to " Wanita Ini Sanggup Berhabis Wang Untuk Nampak Seperti Kate Middleton"

Post a Comment

loading...